Abstrak
Pengurusan
tanah dan sumber alam yang sistematik, berkesan dan berintegrasi adalah satu
kaedah dimana kerajaan dapat menilai, merancang dan membuat keputusan yang
lebih tepat untuk pembangunan sesuatu kawasan atau daerah dengan kos dan
perbelanjaan yang minimum dan menjamin sosio-ekonomi penduduk setempat.
Manfaat Daripada Teknologi GIS dan Remote Sensing
Mempunyai
satu pengkalan data (database) yang lengkap dan sistematik banyak
memberi impak kepada perancangan pembangunan di masa hadapan. Keciciran
maklumat walaupun sedikit akan mempengaruhi keputusan yang telah dibuat dan
akan mendatangkan masalah pada masa akan datang. Oleh itu adalah perlu semua
organisasi bergabung di bawah satu bumbung yang menyatukan semua maklumat yang
di panggil Pusat Integrasi Pengkalan Data.
GIS (Geographic
Information System) atau dalam bahasa adalah sistem maklumat geografi adalah
terjemahan maklumat geografi di atas permukaan bumi kepada satu model yang
boleh di persembahkan di dalam komputer dengan sokongan data atribut yang
mewakili maklumat sebenar topografi dan geografi. Sistem ini banyak membantu
dunia sekarang untuk perancangan dan untuk membuat keputusan. Ini penting
kerana kesudahannya kita dapat mempengaruhi kualiti, kuantiti, kos
perbelanjaan, kos tenaga buruh dan pembangunan yang terkawal dari semasa ke
semasa.
Remote Sensing atau
dalam bahasa penderiaan jauh adalah data imej bumi yang di cerap dari satelit.
Kemajuan teknologi satelit telah melahirkan teknologi remote sensing ini tahun
70-an lagi. Imej yang dicerap ini seolah-olah gambar yang diambil dari
angkasa tetapi hakikatnya ia adalah cerapan objek bumi dengan bantuan
tenaga elektromengnet yang dilepaskan oleh matahari dan dirakamkan secara jalur-jalur (bands) yang terdapat pada sensor satelit itu sendiri. Terdapat
pelbagai satelit di angkasa dan masing-masing memainkan peranan dan fungsi
tersendiri sesuai dengan kehendak tujuan ia diciptakan. Kemajuan teknologi ini
juga telah melahirkan satelit malam atau satelit RS yang boleh mencerap objek
di permukaan bumi pada waktu malam dan keadaan berawan.



0 comments:
Post a Comment